Hasrizal Podcast Por Hasrizal Abdul Jamil arte de portada

Hasrizal

Hasrizal

De: Hasrizal Abdul Jamil
Escúchala gratis

PODCAST.HASRIZAL.COM 📌 Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizalHasrizal Abdul Jamil Biografías y Memorias Ciencias Sociales
Episodios
  • Tsunami Pembohongan di Era DJT 2.0
    Feb 5 2026

    𝗧𝗦𝗨𝗡𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗝𝗧 𝟮


    Soal percaya atau tidak percaya kepada sesuatu yang bersifat abstrak kita maklum ia rumit bagi sesetengah orang. Namun bersediakah kita untuk berdepan dengan suatu zaman di mana mata melihat sesuatu yang jelas, namun manusia diminta menafsirkan sebaliknya?


    Inilah yang menakutkan saya apabila melihat senario yang sedang berlaku.


    Ia bukan hal Amerika Syarikat semata-mata.


    Apabila kita meneliti pendidikan, budaya, politik, dan media dalam sejarah masyarakat tersebut, kita akan nampak “ramuan” yang membawa kepada keadaan hari ini. Dan yang membimbangkan, ramuan yang sama turut dijamah oleh masyarakat kita, walaupun dalam bentuk dan kadar yang mungkin berbeza.


    🔴 Baca artikel penuh di pendidikanjalanislah.substack.com


    #hasrizalabduljamil #iqra2026 #pendidikanjalanislah #pemikiran

    Más Menos
    6 m
  • Cabaran Zaman Suci Dalam Debu
    Dec 9 2025

    Kita mengingatkan diri tentang keadaan akhir zaman yang penuh dengan keterbalikan, apabila kebohongan diraikan dan kebaikan dipandang buruk. Kita melihat bagaimana amanah dan pengkhianatan semakin mengelirukan dalam masyarakat, lalu menuntut kita untuk mencari pedoman yang benar agar tidak hanyut dalam kekacauan nilai. Kita turut menyedari kewujudan golongan yang menyesatkan, memberikan panduan tanpa ilmu. Kritikan As-Sana’ani terhadap tahun-tahun yang menipu mengingatkan kita bahawa peranan Ahlul Haq sering tidak dimainkan, sedangkan kitalah umat yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan yang benar dan menolak yang salah.


    Dalam konteks hari ini, kita juga berhadapan dengan pengaruh algoritma dan media sosial yang membentuk wacana serta cara maklumat tersebar, seiring perubahan pengalaman internet daripada era Web 1.0 kepada Web 2.0. Platform yang dahulunya menjadi ruang diskusi yang sihat semakin merosot fungsinya.


    Sejajar dengan kegelisahan ini, saya cuba meneroka persoalan tersebut melalui buku baharu yang bakal terbit bersama IMAN pada tahun 2026 nanti. Mudah-mudahan usaha ini menjadi manfaat untuk kita saling menguatkan, menghadapi ujian zaman yang ibarat ‘suci dalam debu’. Kita memohon doa agar proses penerbitan berjalan lancar dan memberi kebaikan kepada semua.


    #hasrizalabduljamil #bukuiman #bukuhasrizal #bukuhasrizal2026 #pendidikanjalanislah

    Más Menos
    3 m
  • Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu
    Nov 28 2025

    Mus’ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ﷺ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan.
    Pada zaman itu, orang miskin, rendah taraf sosial, OKU, tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tidak mendapat pendidikan dan tidak signifkan untuk apa-apa.
    Sebab itulah Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish pernah mensyaratkan kepada Nabi Muhammad ﷺ andai baginda mahu dakwahnya mereka pertimbangkan, Rasulullah ﷺ hendaklah menyingkir kelompok ‘low class’ berkenaan kerana pembesar Quraish itu tidak selasa bergaul dengan golongan sedemikian. Kisah berkenaan menjadi latar belakang turunnya ayat 28 surah al-Kahf yang menjadi peringatan kepada baginda dan umatnya agar dalam urusan mendidik, jangan terpesona dengan peluang dan prospek hingga mensesiakan golongan yang ‘marginalised’ ini. Islam sahaja ketika itu yang membela golongan terpinggir tanpa diskriminasi, merealisasikan Islam sebagai agama yang benar-benar rahmatan lil alamin.
    “Kita menang dan beroleh rezeki kerana pembelaan kita ke atas golongan lemah” ini mengukuhkan lagi anjakan paradigma bahawa formula maju bukan pada melimpahkan sokongan dan peluang kepada golongan berprospek, kemudian pada masa yang sama mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan.
    Inilah sisi paling rumit sepanjang advokasi saya untuk pendidikan adil dan saksama semenjak zaman sebelum mengenengahkan pendidikan inklusif lagi.
    Kita masih sangka kekuatan murid 20% teratas itu yang memajukan negara. Tetapi kalau tekuni sirah Nabi Muhammad ﷺ, kita menang dan beroleh rezeki hanya apabila kita santuni murid kelas belakang, murid OKU, murid yang tidak cukup dokumen untuk ada akses kepada pendidikan dan semua golongan yang dunia kata mereka beban lagi menyusahkan. Hanya Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang kata mereka kunci kemenangan dan kemajuan kita.
    #pendidikaninklusif #inclusiveeducation

    Más Menos
    8 m
Todavía no hay opiniones