Diari Ayah Podcast Por Sujimy Mohamad arte de portada

Diari Ayah

Diari Ayah

De: Sujimy Mohamad
Escúchala gratis

Inilah podcast Diari Ayah - Segala yang kau perlu tahu. www.twitter.com/sujimymohamad© 2025 Diari Ayah Crianza y Familias Desarrollo Personal Relaciones Éxito Personal
Episodios
  • Bagaimana seorang bukan perokok boleh mendapat kanser paru-paru?
    Nov 1 2025

    Karisma berkongsi kisah arwah makciknya, Jamela, seorang pejuang kanser paru-paru tahap 4 yang tetap berkhidmat sebagai jururawat walaupun sedang sakit. Bersama para pakar dan 365 Cancer Prevention Society (365CPS), mereka membincangkan bagaimana kanser paru-paru, antara kanser paling berbahaya di Singapura, juga boleh menyerang bukan perokok, kepentingan pengesanan awal, serta sokongan yang tersedia. Kempen Are You at Risk? ialah satu-satunya saringan kanser paru-paru percuma di Singapura untuk golongan berpendapatan rendah.

    Are You at Risk? Kelayakan Saringan:
    * Mempunyai kad CHAS biru atau oren, atau kad Bantuan Awam (PA) yang sah
    * Berumur antara 50 hingga 80 tahun dan mempunyai sejarah merokok ≥ 20 pek-tahun, sama ada masih merokok atau berhenti < 15 tahun lalu
    * Atau berumur antara 50 hingga 75 tahun dengan sejarah keluarga peringkat pertama (ibu bapa, anak, atau adik-beradik) yang menghidap kanser paru-paru bagi bukan perokok

    🎧 Dengar kisah inspirasi ini dan daftar untuk saringan percuma anda dari sekarang hingga 15 November 2025 di: https://bit.ly/365cpsayar25

    #areyouatrisk #lungcancerawareness #lungcancer

    Support the show

    Más Menos
    47 m
  • Fadli Kamsani: Dari Luka ke Redha – Membuka kisah hidup yang jarang dikongsi
    Jul 10 2025

    Penyiar dan personaliti Fadli Kamsani membuka kisah hidup yang jarang dikongsi—tentang luka yang lama dipendam terhadap arwah ayahnya, perjuangan dalam dunia hiburan dan nightlife, serta titik perubahan apabila dia mula mengambil tanggungjawab atas hidupnya sendiri. Dalam episod ini, Fadli berkongsi tentang keinsafan, keluarga dan erti menjadi seorang ayah. Dengarkan perbualan yang sangat terbuka lagi jujur ini dalam Diari Ayah.

    Support the show

    Más Menos
    1 h y 2 m
  • Hassan Rahman | Bagaimana sejarah hitam kembali bersinar
    May 30 2025

    Episod kali ini membawa kita menyelami kisah luar biasa Hassan Rahman — seorang ayah kepada 6 anak, usahawan dan pengasas Rebuild Podcast. Dahulunya bergelumang dengan geng, keganasan dan dadah, Hassan kini berdiri kembali bersinar menjadi inspirasi kepada anak muda.

    Beliau berkongsi detik-detik hitam hidupnya — dari boys home ke RTC hingga DRC — dan bagaimana kelahiran anak pertama serta keazaman selepas kejatuhan kedua, menjadi titik tolak perubahan sebenar. Hari ini, beliau bersama isteri membangunkan Shima Matin Bridal Services dan Merce Hair Studio, sambil terus menyebarkan mesej harapan dan transformasi melalui Rebuild Podcast.

    Episod ini bukan sekadar cerita seorang bekas pesalah — ia adalah kisah tentang kasih ayah, peluang kedua dan kebangkitan seorang lelaki.

    📌 Dengarkan bagaimana Hassan boleh bangkit semula — demi keluarga, masa depan dan diri sendiri.

    If you benefit from this episode, please consider to support us: https://www.buzzsprout.com/416491/support

    Support the show

    Más Menos
    58 m
Todavía no hay opiniones