Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa Podcast Por  arte de portada

Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa

Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa

Escúchala gratis

Ver detalles del espectáculo

“Aduhai, seorang lagi!” keluh seorang guru.

Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak.

Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas.

Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah.

Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya.

Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak dahinya yang berkerut.

“Bukankah senang, kalau ajar budak pandai-pandai sahaja!” kata hati guru tadi.

Namun Allah ﷻ takdirkan di kelas itu, murid sedia ada sedang mengaji.

Ada yang membaca Surah ‘Abasa. Surah menegur. Teguran dari langit menggegar bumi. Menggegar hatinya. Hati seorang guru yang seharusnya tidak lupa kepada teguran Allah kepada mahagurunya, Nabi Muhammad ﷺ.

SURAH ‘ABASA

Surah Abasa sering kita dengar, tetapi jarang kita tekuni dengan penuh kesedaran terhadap konteksnya. Ia bukan sekadar kisah seorang sahabat yang buta. Ia peringatan santun tetapi tegas tentang bagaimana manusia, termasuk seorang pendidik, boleh tersilap memposisikan keutamaan.

Teguran ini ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad ﷺ.

Bukan kerana Baginda mengasari Abdullah ibn Umm Maktum RA.

Baginda ﷺ tidak mengangkat suara, tidak menghina, dan tidak sekali-kali meremehkan beliau.

Namun teguran turun, kerana pada saat itu terdapat satu detik kecil – kerutan kening, gangguan hati – yang dalam timbang tara langit dianggap besar.

https://saifulislam.com/pendidikan-yang-mengabaikan-sebuah-abasa/

#PendidikanInklusif #tadabbur #inklusif #adhddewasa #ADHDMalaysia

Todavía no hay opiniones